Sunday 14 July 2013

KAYUHAN AMAL SEIKHLAS SENYUMAN SEJUTA HARAPAN KANAK-KANAK TERENCAT AKAL

29 JUNE 2013

Ini adalah program CSR pertama yang aku lakukan dan  mencipta sejarah dalam perjalanan karier ku sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tujuan utama projek ini dilaksanakan adalah untuk menyahut saranan Y.A.B Perdana Menteri supaya penjawat awam mengamalkan konsep ‘turun padang’ dan lebih dekat dengan masyarakat serta menguji kemampuan seorang  PTD dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan.
.



Program ini dimulakan dengan kayuhan amal dari Putrajaya ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Bandar Mahkota Banting, Selangor. Perjalanan kayuhan lebih kurang dalam 35.7 KM yang mengambil masa selama dua jam perjalanan menaiki basikal. Program kayuhan ini merupakan cetusan idea daripada Saudara Nazry kenalan di FB  untuk mencari dana untuk disumbangkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak terencat Akal melalui kayuhan amal. Sebelum kayuhan diteruskan, sebuah kotak derma telah diedarkan dikalangan peserta kayuhan bagi mendapatkan dana. Siapa sangka kotak ini berjaya mengutip RM3,200.00 daripada peserta kayuhan amal.


bergambar sebelum memulakan kayuhan


tabung kayuhan amal
Kumpulan kayuhan basikal terdiri daripada 70 orang peserta iaitu 50 orang peserta kayuhan basikal dan 20 orang pengiring Marshall dari XG Adventure & Event dan Scramotard Brotherood (S.B.C) iaitu kelab motor bagi membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta.  Manakala kumpulan kayuhan amal telah disertai oleh 20 orang dari Kelab Basikal Baginda Cycling, 10 orang dari kelab S15 Cycling Club, 5 orang dari Harian Metro Cycling Club (HMCC), 5 orang dari Darul Ehsan Basikal Curing dan 10 orang dari Kelab Basikal DRCT.  Sebelum memulakan kayuhan kesemua peserta telah menikmati sarapan pagi tajaan daripada restoran Sri Bangi Horizon Garden Restaurant No 13A & 15, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor sebanyak 70 bungkusan. 

rezeki tajaan-nasi ayam
Program ini juga turut mendapat tajaan mesin penapis air sejuk/panas daripada Syarikat ADAMO bernilai RM1,000.00 dan telah dipasang sehari sebelum program dijalankan. Selain itu, program ini telah mendapat sumbangan berbentuk cek daripada syarikat UOA Sdn Bhd sebanyak RM2,000.00 untuk diserahkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal.

sumbangan dari sayrikat UOA sdn bhd-tempat nazry bekerja
Selain itu, Pegawai juga telah mendapat sumbangan derma daripada kenalan rapat sebanyak RM575.00 dan kutipan derma dari Bahagian Pasca Perkhidmatan sebanyak RM400.00. Sumbangan daripada Harian Metro turut diterima sebanyak RM895.25. Amat mengharukan apabila Ketua Editor Harian Metro cawangan Putrajaya turut membuat kayuhan amal bagi menyokong usaha murni ini. 
dengan basikal pun kita boleh beramal jika mahu
Program Seikhlas Senyuman Sejuta Harapan ini telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal iaitu Encik Jeevah Murugaiyah. Sumbangan dana bernilai RM7,557.25 telah diserahkan kepada En. Murugaiyah manakala baki sebanyak RM443.00 digunakan sebagai kos program bagi pembelian barang-barang aktiviti, bayaran persembahan badut, hamper dan rencam. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini yang terdiri daripada penaja-penaja iaitu syarikat ADAMO, Restoren Sri Bangi Horizon Garden, Semua Kelab Basikal, Badut JIM The Clown, Kelab Marshall, semua penderma, Harian Metro, ASTRO, ahli Jawatankuasa Program dan tidak lupa kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal kerana memberi kebenaran untuk melaksanakan program. Sesiapa yang ingin beramal di pusat ini boleh menghubungi  Pusat Penjagaan tersebut.

badut dari JIM The Clown
aktiviti mewarna dan tanah liat-dibantu oleh sukarelawan berhati mulia
saudara nazry yang banyak membantu menjayakan program ini
pelancaran program oleh naib pengerusi dan saya

gembira nya dapat belon dari clown
keriangan terpancar di wajah anak ini
innocient face

aku xminta dilahirkan begini





 

 

No comments:

Post a Comment