29 JUNE 2013
Ini adalah program CSR pertama yang aku lakukan dan mencipta sejarah dalam perjalanan karier ku sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Tujuan utama projek
ini dilaksanakan adalah untuk menyahut saranan Y.A.B Perdana Menteri supaya
penjawat awam mengamalkan konsep ‘turun padang’ dan lebih dekat dengan
masyarakat serta menguji kemampuan seorang PTD dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu tugasan yang telah diamanahkan.
.
Program ini dimulakan dengan kayuhan amal dari
Putrajaya ke Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal Bandar Mahkota Banting,
Selangor. Perjalanan kayuhan lebih kurang dalam 35.7 KM yang mengambil masa
selama dua jam perjalanan menaiki basikal. Program kayuhan ini merupakan cetusan idea daripada Saudara Nazry kenalan di FB untuk mencari dana untuk disumbangkan kepada Pusat Penjagaan
Kanak-Kanak terencat Akal melalui kayuhan amal. Sebelum kayuhan diteruskan,
sebuah kotak derma telah diedarkan dikalangan peserta kayuhan bagi mendapatkan
dana. Siapa sangka kotak ini berjaya mengutip RM3,200.00 daripada peserta kayuhan amal.
bergambar sebelum memulakan kayuhan |
Kumpulan kayuhan basikal
terdiri daripada 70 orang peserta iaitu 50 orang peserta kayuhan basikal dan 20
orang pengiring Marshall dari XG Adventure & Event dan Scramotard Brotherood (S.B.C) iaitu kelab
motor bagi membantu mengawal lalu lintas dan keselamatan peserta. Manakala kumpulan kayuhan amal telah disertai
oleh 20 orang dari Kelab Basikal Baginda Cycling,
10 orang dari kelab S15 Cycling Club,
5 orang dari Harian Metro Cycling Club
(HMCC), 5 orang dari Darul Ehsan Basikal Curing dan 10 orang dari Kelab Basikal
DRCT. Sebelum memulakan kayuhan kesemua peserta telah menikmati sarapan pagi
tajaan daripada restoran Sri Bangi Horizon Garden Restaurant No 13A &
15, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor sebanyak
70 bungkusan.
|
Program ini juga turut mendapat tajaan mesin penapis
air sejuk/panas daripada Syarikat ADAMO bernilai RM1,000.00 dan telah dipasang
sehari sebelum program dijalankan. Selain itu, program ini telah mendapat sumbangan
berbentuk cek daripada syarikat UOA Sdn Bhd sebanyak RM2,000.00 untuk
diserahkan kepada Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal.
sumbangan dari sayrikat UOA sdn bhd-tempat nazry bekerja |
Selain itu, Pegawai juga telah mendapat sumbangan derma daripada kenalan
rapat sebanyak RM575.00 dan kutipan derma dari Bahagian Pasca Perkhidmatan
sebanyak RM400.00. Sumbangan daripada Harian Metro turut diterima sebanyak
RM895.25. Amat mengharukan apabila Ketua Editor Harian Metro cawangan Putrajaya
turut membuat kayuhan amal bagi menyokong usaha murni ini.
dengan basikal pun kita boleh beramal jika mahu |
Program Seikhlas Senyuman
Sejuta Harapan ini telah dirasmikan oleh Naib Pengerusi Pusat Penjagaan
Kanak-Kanak Terencat Akal iaitu Encik Jeevah Murugaiyah. Sumbangan dana
bernilai RM7,557.25 telah diserahkan kepada En. Murugaiyah manakala baki
sebanyak RM443.00 digunakan sebagai kos program bagi pembelian barang-barang
aktiviti, bayaran persembahan badut, hamper dan rencam. Setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program
ini yang terdiri daripada penaja-penaja iaitu syarikat ADAMO, Restoren Sri Bangi Horizon
Garden, Semua Kelab Basikal, Badut JIM The Clown, Kelab Marshall, semua
penderma, Harian Metro, ASTRO, ahli Jawatankuasa Program dan tidak lupa kepada
Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Terencat Akal kerana memberi kebenaran untuk
melaksanakan program. Sesiapa yang ingin beramal di pusat ini boleh menghubungi Pusat Penjagaan tersebut.
aktiviti mewarna dan tanah liat-dibantu oleh sukarelawan berhati mulia |
saudara nazry yang banyak membantu menjayakan program ini |
pelancaran program oleh naib pengerusi dan saya |
gembira nya dapat belon dari clown |
keriangan terpancar di wajah anak ini |
aku xminta dilahirkan begini |