Sunday 21 July 2013

SON AND HIS FATHER

THE BEAUTY OF LOVE BETWEEN SON AND FATHER...

DEAN AND IRFAN
Ryan & Zach Giggs
WAYNE & KAY ROONEY
Rio & Lorenz Ferdinand
Patrice & Lenny Evra











SEdapnya ChocLate Chip


Hai, sekarang ni ramai betul yang buat choc chip kan, nampak macam senang je nak buat..haritu order setengah balang, 3 hari dah habis sebab terlalu sedap. jadi saya pun cari resepinya di laman web.so, lepas ni boleh la mencuba.senang je dan bahannya pun xbanyak....
  • 180gm mentega/marjerin 
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang ~ k.nor guna sunflower seeds

Cara-cara

  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Choc_chip_cookie_1
    Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Choc_chip_cookie_2
    Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ya...

Monday 15 July 2013

OPS SPIDERMAN

Tomorrow is my turn  doing  Ops SPIDERMAN. what is the meaning of OPS spiderman? Blur Rite....this is the transformasion of doing work from home. Really good inisiative from goverment.....hope tomorow going as a plan.

Sunday 14 July 2013

ALAHAI WEDGES SENANGNYA NAK BUAT YOU OLS

Ubi Kentang seberapa byk yg di sukai. Cuci bersih2 kulit ubi kentang. Kemudian rebus bersama dengan garam sedikit. Jangan di buang kulitnya. Rebus sehingga betul2 lembik,tapi jgn sehingga pecah. Kemudian toskan, rendam sebentar dalam air sejuk untuk memberhentikan proses memasak. Ambil ubi terebut dah potong. Utk tepung salut, sy guna tepung KFC, di campur bersama garam, blackpepper, serbuk paprika. Ini boleh ikut citarasa masing2. Panaskan minyak. Sewaktu hendak gaul dalam tepung bancuhan td, celup dulu potongan ubi dalam air biasa, kemudian baru gaul dan goreng. kalau tak nnti tepung xmelekat. Goreng sehingga nmpak tepung masak. Tak perlu lama sbb ubi dah pun masak. Hanya utk masakkan tepung sahaja.
Selamat Mencuba! 


LASAGNA


Resepi lasagna mudah.


Bahan-bahan :
Kepingan lasagna segera (Direbus sekejap dengan sedikit garam, dan minyak masak)
Daging cincang/daging burger (sy guna daging burger Ramly satu peket)
Sos spageti (sy guna setengah botol, jenama Kimball)
Cendawan butang dalam tin
2 sudu sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk oregano (optional)
Garam gula secukup rasa
Bawang merah dan bawang putih untuk tumis

Bahan-bahan untuk sos keju :
3 sudu mentega/butter
4 sudu tepung gandum
Keju cheddar (1/3 buku drpd 250gram, selebihnya guna untuk tabur di atas lasagna)
500ml susu segar/campuran susu cair dlm tin dgn air
Garam secukup rasa

Cara-cara :
1) Tumis bawang merah dan bawang putih, masukkan daging cincang dan masak sebentar. (Guna minyak sedikit sahaja, untuk elak daging jadi terlalu berminyak)
2) Masukkan sos spageti dan sos cili.
3) Masukkan cendawan butang, masak seketika.
4) Perisakan dengan serbuk lada hitam, garam gula, dan oregano. Lepas masak, biarkan suam (untuk elakkan lapisan lasagna jadi terlalu lembik bila diletakkan bersama)
5) Sediakan sos keju, dengan cairkan mentega dan tepung. Kemudian masukkan susu diikuti keju. Kacau, dan masukkan garam. Masak sehingga pekat.
6) Dalam satu bekas, susun acuan daging yang dimasak tadi sehingga padat.
7) Letakkan sos keju di atas lapisan daging, boleh tambah sedikit lada sulah kalau suka. Kemudia diikuti dengan lapisan lasagna yang telah direbus. Susun lagi acuan daging dan sos keju. Dari resepi ni, boleh buat 2 lapisan, dan disusun dalam bekas yang besar, cukup 8-10 org makan.
9) Akhir sekali, taburkan keju cheddar di atas lapisan lasagna paling atas. Bakar sekejap dalam oven, suhu 190 dalam 15-20 minit sehingga keju cair.
10) Jika tiada oven, boleh cairkan keju cheddar (dgn teknik double boiler) dan curah perlahan-lahan atas lasagna. Sedap dimakan ketika panas-panas, dgn sos cili.

Selamat mencuba!

Baked Cheezy Macarony...

SEDAPNYA...saya kongsikan resepinya dengan you ols.....yum..yum...



Rebus 3cawan macarony dan ketepikan...

Untuk white sauce:
Cairkan 3sdb butter dlm kuali...
Kmdn mskkan 5ulas bwg putih yg dicincang...
Pastu mskkan 1mangkuk ayam yg dipotong dadu...
Tumis smpi ayam btl2 msk...
Bubuh 2sdb tepung gandum...
Kacau cepat2 dn mskkan 3cwn susu segar dn 3sdk lada hitam...
Bile susu dh mule nk menggelegak,mskkan 6kpg cheesedale dan kacau smpi cair+sebati...
Dh siap kuahnye dn ketepikan...

Dlm kuali,bolehlar nk tumis klu nk bubuh cendawan butang,campuran carrot+corn+peas,lada benggala...
Pastu bubuh macaroni dan white sauce td gaul rata...
White sauce tu ikot suke nk boh byk mne sbb baki blh smpn dlm peti ais pki ble2 kmdn...tahan 4-5hari...

Tuang campuran td dlm bekas boleh bakar dlm oven...
Di atasnya susunkan kepingan kentang yg dh direbus empuk...
Siramkan campuran 3biji telur+2cwn susu segar...
Last taburkan cheese ikot suke nk tabur cheese ape...
Bakar suhu 180' selama 30-45minit...


MMG sedap sgt makan ketika lapar........